selangkah bermula

assalamualaikum

apa khabar diri? apa khabar iman?

menjelang 10 hari terakhir ini cik dib mulakan langkah pertama cik dib dalam wordpress ini.

10 malam terakhir ramadan yang moga-moga cik dib temui rahmat, keampunan dan juga pembebasan dari api neraka.

langkah pertama ini haraplah cik dib dapat meneruskan, mengekalkan dan meningkatkan lagi  momentum penulisan cik dib dalam blog ini.

blog?

cik dib tak tahu nak panggil apa sebab namanya wordpress, sedangkan sebelum ini cik dib memiliki blog sendiri tetapi terbengkalai angkara perasaan malas yang tidak dapat tertahan-tahan lagi.

pembaca bolehlah menilai prestasi blog lama cik dib di SINI yang boleh dikatakan sebagai penulis blog amatur sangat kononnya.

gambaran blog lama cik dib

kebanyakan artikel dalam blog lama cik dib ini merupakan hasil minum kopi makan pasta dari blog-blog dan website lain yang cik dib baca. agaknya inilah angkaranya blog lama cik dib ini bagaikan tidak hidup dan cik dib pun berasa seperti tidak hidup setiap kali melangkah ke blog sendiri. lantas menyebabkan ketiadaan ilham dan idea untuk terus berkarya.

semoga dengan lahirnya blog wordpress ini (cik dib masih rasa pelik menggunakan istilah ini sebab biasanya cik dib panggil blog) akan mencambahkan lagi satu ilmu baru untuk cik dib iaitu dunia penulisan blog dan semoga cik dib bukan lagi seorang yang suka minum kopi makan pasta walaupun realitinya ia memang lazat tambah pula masa lapar yeee.

teringat kata-kata lecturer kesayangan. kopi pasta itu merupakan plagiarism atau jenayah akademik

Advertisements

Posted on August 21, 2011, in rasa hati and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: