lau kana bainana

assalamualaikum

apa khabar diri? apa khabar iman?

harapannya agar iman dan diri akan terus sihat dan bertambah sihat hendahnya. apatah lagi kita di ambang 10 malam terakhir ramadan. pastinya ingin seboleh-bolehnya memanfaatkan detik-detik ini untuk meningkatkan rasa cinta dan takwa kepadaNya. apatah lagi untuk mendapat ganjaran malam lailatul qadar. malam yang ditunggu-tunggu oleh semua mukmin. malam yang ganjaran beribadahnya menyamai 1000 bulan beribadah. siapa taknak kan ganjaran sebegitu.

lau kana bainana

malam tadi cik dib sempat menonton sebuah rancangan tv, saluran hijrah kalau tak silap cik dib. sebuah rancangan dari negara timur tengah. menariknya rancangan tersebut merupakan sebuah rancangan ala-ala ‘candid camera’ yang memaparkan reaksi masyarakat apabila berhadapan situasi  tertentu. reaksi yang sama ada mereka mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehiduan harian mereka.

cik dib pernah tengok rancanagn ni sekali kat youtube. cik dib rasa program ni amat bermanfaat sekali dan harus diadikan tontonan wajib seisi keluarga. cik dib sendiri pun dalam sedar tak sedar tu boleh sebak menontonnya. memikirkan sama ada boleh atau tidak cik dib menatap wajah Rasulullah di sana nanti. dikatakan ada yang hanya mampu menatap wajah baginda 1000 tahun sekali. setelah 1000 tahun berlalu baru boleh menatap semula wajahnya. ada juga 100 tahun sekali baru boleh menatap wajahnya. dan ada juga yang boleh menatapnya setiap hari. iaitu mereka yang berada di tingkatan syurga tertinggi, iaitu Syurga Firdaus.

cik dib tersentak ketika itu. jadi terfikir-fikir cik dib, agaknya bagaimana dengan diri cik dib. entah berapa tahun sekali cik dib boleh menatap wajahnya.

lanjutan link LAU KANA BAINANA boleh dilihat di SINI

Advertisements

Posted on August 22, 2011, in hiburan jiwa and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: