rembulan tenggelam di wajahmu

assalamualaikum

apa khabar diri? apa khabar iman?

pembaca sekalian suka membaca? sudah pastilah ya jawapannya.  kalau tidak, masakan kalian akan membaca entri ini. tahniah diucapkan kerana menjadikan membaca itu amalan harian. tidak kiralah membaca apa sekalipun. buku, majalah atau jurnal sekalipun. membaca pasti akan membuat hidup lebih terisi. malah fikiran juga lebih berkembang.

baru-baru ini cik dib ada merancang untuk membeli novel. bukan apa. sekadar mengisi masa lapang setelah tamat latihan industri. novel yang diminati pastinya. hasil nukilan Hilal Asyraf. yang pastinya cik dib sangat teringin membacanya dan penulisnya pula sangat terkenal. apatah lagi tulisan novel-novelnya turut dipaparkan di dalam blognya meskipun bukan keseluruhan novel. kalau semua dah dipaparkan pada blog nanti dah tak laku pulak novelnya.

belek punya belek cik dib pun terpegang satu novel ni. membaca tajuknya, biasa-biasa saja. tidaklah menarik sangat. penulis? entah, tak kenal langsung. nama pun pelik. tere-liye. memang aneh namanya, bukan. cik dib pun pusing pulak kulit belakang. biasanya sinopsis tentang novel pasti ada di kulit belakangnya. nak jugak cik dib tahu gambaran novel ini sedikit sebanyak. sebaik membacanya, keterujaan pulak cik dib dibuatnya. lalu hasrat nak membeli novel penulis terkenal tadi pun terkubur begitu saja. takpelah, cik dib dah baca pun di blog. lagi pula sinopsis di kulit belakang novel tersebut pulak menarik. nak tahu apa yang yang tertulis itu? inilah dia cik kopi pasta balik ayatnya.

Tutup mata kita fikiran kita daripada kekalutan kehidupan. Mari berfikir sejenak. Bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas dengan lembut berkata, “Aku berikan kamu kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan, dan aku pasti menjawabnya sekarang. Lima pertanyaan. Apakah pertanyaan pertamamu?”

Maka adakah kita akan bertanya: Apakah itu cinta? Adakah hidup ini adil? Adakah kaya itu segala-galanya? Adakah kita memiliki pilihan dalam hidup? Apakah makna kehilangan?

Ray, watak utama dalam kisah ini, ternyata memiliki kecamuk pertanyaan sendiri. Lima pertanyaan sebelum akhirnya dia mengerti makna hidup dan kehidupannya.

nah. bagaimana? tersentap bukan.

sekilas membaca, cik dib agak tergamam. macam baru tersedar dari mimpi pun ada. tak terkata.

jadi cik dib pun bertekat untuk membeli. harganya juga tak semahal novel lain. rm17.50 cuma. murah bukan? menariknya novel ini dari Indonesia. pasti novel ini merupakan best seller di sana. kalau tak, mustahil syarikat buku PTS sanggup mengambil risiko mencetak dan menjualnya di sini, betul tak?

beginilah rupa cover depan novel ini

ternyata membeli novel ini berbaloi-baloi. seumur hidup cik dib tak pernah membaca sebuah novel dengan tema dan jalan cerita seunik  ini. novel lain yang cik dib pernah baca sebelum ini kebanyakannya menggunakan jalan cerita yang hampir sama. baik novel yang berunsur islamik mahupun novel cinta yang terdapat di pasaran. tiada niat untuk mengkritik. sekadar pandangan peribadi cik dib. mungkin masih banyak novel berkualiti lain di luar sana cuma peluang dan kesempatan belum mengizinkan cik dib meneroka luas pembacaan cik dib.

apa yang cik dib dapat simpulkan dari novel ini adalah tentang ray, seorang anak yatim yang sering menyalahkan takdir atas apa yang berlaku dalam hidupnya. dia sering mempersoal mengapa nasibnya sebegitu malang. bermula dari terjumpa sepotong surat khabar lama yang berkait rapat dengan sejarah silamnya, ray langsung tidak menyangka orang yang amat dipercayainya berkait rapat dengan sepotong surat khabar lama miliknya itu.

apabila ajalnya menghampiri, ray diberi peluang untuk mendapatkan jawapan terhadap lima persoalan besar dalam hidupnya. setiap persoalan yang pernah dibangkitkannya mendapat jawapan yang tidak pernah terfikir di benaknya selama ini. juga oleh diri cik dib sendiri. memikirkan itu, cik dib pasti boleh dikatakan hampir semua orang pernah mempunyai persoalan yang sebegitu. lantas apa yang kita buat apabila dilingkari persoalan begitu? hanyalah mampu menyalahkan takdir. dan melihatnya dari perspektif negatif cuma.

novel tentang lima persoalan. dan lima jawapan. tetapi dengan 1001 pengajaran pastinya.

Advertisements

Posted on August 23, 2011, in bedah buku and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: