semangat yang hilang

sedar tak sedar dah 29 hari rupanya. cepat benar masa berlalu. pejam celik pejam celik dah nak raya. bila bercakap pasal raya ni siapa lagi yang paling seronok. mestilah kanak-kanak. mana taknya, mak ayah sibuk pergi masjid solat terawih, mereka juga sibuk. melancong melencong pergi bermain mercun meriam segala.

tak peduli walaupun saban tahun ada saja berita budak putus jarilah, putus tanganlah, putus kakilah(macamlah cik dib baca berita). maka meriahlah malam-malam menjelang raya. berdentam-dentum bunyinya dari merata ceruk kampung. dan tak ada yang lebih semangat dari itu melainkan kanak-kanak.

jadi budak baik macam upin ipin ye, main bunga api je

zaman kanak-kanak memang seronok. teringat dulu-dulu, bila nak raya cik dib memang semangat. yalah nak berjumpa dengan sepupu-sepapat, nenek, makcik, pakcik segala. bukan senang nak jumpa. masing-masing jauh. cik dib sekeluarga di kedah. seorang makcik cik dib pula menetap di johor. manakala makcik-makcik yang lain pula semuanya di selangor. nak berjumpa hanya hari raya.

sebab itulah bila nak balik raya saja mesti excited semacam. maklumlah nak balik kampung. selalunya kalau nak balik raya highway mesti jam. baik sebelum atau selepas raya. sebelum raya, highway menghala ke utara dan selatan. selepas raya pula giliran highway menghala ke ibu negara kita untuk jam. yang bestnya bila nak balik kampung cik dib tak pernah tersekat dengan jam tersebut. almaklumlah, balik berayanya kat selangor. orang kat Selangor berpusu-pusu nak keluar dari selangor. cik dib pula berpusu-pusu nak masuk.

di kampung, keluarga besar cik dib ada geng-geng. geng mak-mak. geng ayah-ayah. geng anak dara. dan juga geng anak bujang. err, geng budak-budak juga ada. biasanya bila balik kampung saja geng-geng ini akan berkumpul bersama. tapi sebab rumah nenek agak sederhana besarnya, maka geng anak dara dan geng anak bujang akan berkumpul merempat di rumah mak long, yang dekat sangat di seberang jalan saja. geng anak bujang tidur sesama mereka. begitu juga geng anak dara. di rumah mak long. memandangkan rumah mak long ada banyak bilik.

geng ayah-ayah dan geng anak bujang

geng mak-mak dan geng anak dara

seperti biasa bila hari raya semua segak dan cantik dengan baju raya masing-masing. pergi sembahyang raya di masjid. ziarah kubur. ziarah saudara-mara terdekat. dapat duit raya. balik rumah nenek kunyah kuih raya berbalang-balang sambil tengok movie raya ramai-ramai. bila malam raya kedua atau ketiga mungkin, geng anak dara dan geng anak bujang berkonvoi. konvoi tengok wayang. setiap tahun. macam dah jadi tradisi pulak. time-time raya ni kl punyalah lengang. so, nak pergi tengok wayang memang takde masalah. bukan senang nak tengok kl lengang macam ni. selalunya jam memanjang.

tapi itu dulu. sekarang sudah jauh berbeza. nenek pun sudah tiada. jadi sudah tiada yang nak balik kampung. cik dib pun beraya di alor setar sajalah. mengenang zaman kanak-kanak yang indah. sambil mendengar mercum meriam berdentam-dentum meriah.

selamat hari raya aidilfitri.

Advertisements

Posted on August 29, 2011, in rasa hati and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: