selamat menempuh alam mahasiswa

7 september 2011

satu tarikh keramat buat mereka yang bakal bergelar mahasiswa. seronok. gundah-gulana. risau. excited. berdebar-debar. semuanya bersimpul di hati. menjadi satu. ibu bapa pula mendengar berita anak kesayangan bakal memasuki institusi pengajian tinggi, tersenyum lebar. maklumlah anak harapan. anak kebanggaan. sanggup bergadai harta demi memastikan anak mereka di menara gading. sanggup berkorban. sanggup mengikat perut. yang penting adalah masa depan buat anak mereka. yang penting adalah anak mereka berjaya di bidang dan karier masing-masing.

mahasiswa

itu gelaran baru buat mereka. sukar diungkap perasaannya bakal memegang title itu. sebelum ini hanya bergelar pelajar. pelajar yang hanya  belajar dan terus belajar. tapi mahasiswa itu. bukan sekadar belajar tugasnya. bukan sekadar fokus di dewan-dewan kuliah. bukan sekadar menjadi pengunjung setia perpustakaan. bukan sekadar menjadi ulat buku. bukan sekadar mendapatkan pointer 4.0. bukan. bukan. bukan. itu bukan segala-galanya.

sebaliknya yang membezakan antara mahasiswa dengan pelajar adalah idealisme,intelektualisme, dan juga aktivisme. tiga ciri utama yang cik dib petik daripada BLOG INI.

mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan

propaganda di radio dan tv kerap kali menyebut yang golongan mahasiswa ini merupakan pelapis terhadap kepimpinan negara pada masa akan datang. mereka dianggap sebagai penentu masa depan negara. jatuh bangunnya sesebuah negara ditentukan oleh mahasiswa. nah. betapa besarnya peranan mahasiswa.

mendengar sahaja slogan ini, hampir semua mahasiswa bersemangat tinggi. ingin menamatkan pengajian mereka. malah setiap hari membayangkan diri memakai jubah di hari konvokesyen. dengan harapan bahawa merekalah bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang.

pelik cik dib kenapa bila grad mesti baling topi

dalam ramai-ramai yang tengah berdebar tak boleh nak tidur malam ni sebab esok dah nak mendaftar di universiti masing-masing, jom tengok dulu video korporat ukm ni. manalah tahu bila dah tengok ni tenang sikit hati. cik dib sangat suka video ini. sangat inspiring pada pendapat cik dib. jom saksikan. jeng jeng jeng.

kepada mereka yang bakal bergelar mahasiswa, tahniah cik dib ucapkan. semoga perjalanan yang dilalui sepanjang menjadi mahasiswa dapat dikutip untuk dijadikan pengalaman berharga dalam kehidupan.

Advertisements

Posted on September 6, 2011, in mahasiswa and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: