bila bermula semestar baru

semestar baru telah pun seminggu bermula. agak sibuk cik dib sepanjang minggu menyebabkan tiada post terbaru dari cik dib. tambahan pula keadaan kesihatan internet agak kritikal. cik dib tinggal di kolej pendeta za’ba. justeru harus bersaing dengan ribuan penghuni kolej yang lain untuk mendapatkan jaringan internet. tetapi di kolej keris mas dahulu tidak pula begitu, meski jumlah penghuninya juga mencecah ribuan.

sepanjang minggu ini cik dib agak kelam-kabut menguruskan urusan perpindahan kolej ini. tak mengapalah berpenat sikit. sekurang-kurangnya kolej baru ini lebih dekat dengan fakulti. tidaklah semput cik dib nak bergerak ke fakulti. memandangkan semestar ini cik dib harus berhadapan kembali dengan subjek rekabentuk seni bina memandangkan sudah satu semestar cik dib berehat dari subjek ini. takut, berdebar, gemuruh semuanya ada.

cik dib harus berhadapan dengan studiomate baru yang cik dib tak mengenal pun mereka secara dekat. cuma cik dib kenal mereka sebagai junior. itu saja. bersama mereka dalam satu studio masih kejutan bagi cik dib. kejutan budaya mungkin. kerana budaya mereka berstudio agak berbeza dengan budaya berstudio cik dib sebelum ni. mereka kelihatan agak serius. berbeza dengan studio lama yang agak happening dan ceria. mungkin cik dib perlu bersabar sedikit masa lagi untuk masuk dengan budaya mereka itu. atau mungkin juga itu hanya di awal semestar sahaja. mereka akan lebih selesa dengan cik dib apabila sudah agak lama. mungkin. yang pasti cik dib akan bersama mereka selama 4 semestar lagi.

semoga segalanya dipermudahkan. semoga hati cik dib dikuatkan Allah untuk menempuh 4 semestar ini. cik dib mahu menggembirakan ayah ibu. tak mahu mereka bersedih atas kegagalan cik dib yang lepas. cik dib mahu bangkit dari kegagalan itu. cik dib mahu buktikan cik dib juga mampu berjaya. bukankan jalan kejayaan tidak semuanya sama bagi setiap orang. mungkin ada yang terjatuh, ada yang tersadung kakinya, ada yang terkena duri sepanjang jalannya menuju kejayaan. orang yang gagal sebenarnya adalah orang yang tidak BANGKIT dari kegagalannya itu. semoga cik dib sentiasa istiqamah dalam BANGKIT KEMBALI dari kegagalan itu.

Advertisements

Posted on September 17, 2011, in mahasiswa, senibina. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: