10 kesilapan seorang pelajar senibina

-1-

Datang awal ke studio, tapi berpeluk tubuh,bersembang seolah-olah tiada lagi kerja yang hendak/dapat dibuat.

masalah utama cik dib ni, malas nak sketches

Sikap ini amat tidak sesuai untuk seorang pelajar senibina, seorang pelajar senibina walaupun bersifat pendiam tetapi tangannya sentiasa sibuk (membuat lakaran) selagi ada masa terluang.

-2-

“Encik, ini pelan saya..ini ruang masuk, ini master bedroom..”

cik dib ni dalam bab-bab menggoreng ni tak berapa nak pakar

Teknik persembahan lisan yang tidak tepat. Seharusnya pelajar menerangkan “Pada pelan aras bawah ini, saya membuat main entrance di sini kerana… Saya mengadakan ruang master bedroom di sini untuk memberikan lebih keutamaan kepada client dan cuba mewujudkan penonjolkan terhadap ruang (penjelasan perlu berbentuk design’s statement)”

-3-

“ Detail bahagian ini, saya sudah cari..tapi belum dapat lagi encik..”

Saharusnya pelajar berusaha menyelesaikan permasalahan struktur bangunan secara sistematik.Idea diperolehi melalui bacaan, kajian dan usaha yang berterusan. Tiada markah bonus yang datang secara mengejut pada saat akhir/ last minute.

-4-

“Pelan ini, saya sudah ubah seperti yang Dr. …. suruh hari tu..”

Jangan menggunakan nama pensyarah sebagai license untuk memperoleh credit/ confirmation/ pengesahan untuk meneruskan kerja/ semasa proses krit. Sebaliknya pelajar seharusnya berupaya menerangkan (bedasarkan kefahaman sendiri, setelah diperjelaskan oleh pensyarah)

“ Saya telah mengubah bahagian ini begini kerana…(jelaskan kefahaman anda..)”

-5-

“Pelan ini (lakaran pelan tanpa skala) telah saya ubah sebanyak 3 kali..”

Rekabentuk ialah proses yang kompleks, bukan satu haluan/ sehala. Ada kalanya proses yang sama perlu diperjelas/ diulang berkali-kali untuk mendapatkan satu bentuk yang benar-benar seperti yang dikehendaki. Semua ini bukan 3 atau 4 design berasingan tetapi merupakan satu lingkungan proses rekabentuk yang sebenar.

-6-

Tidak rasa bersalah apabila tidak menghasilkan kerja seperti yg dikehendaki (requirement) terutama untuk sesi krit.

Senibina ialah pengajian yang menekankan kepada proses. Ia bukan dinilai kepada persembahan akhir (final presentation) semata-mata. Setiap penglibatan, prestasi (performance) pelajar sepanjang semester diambil kira untuk penilaian markah keseluruhan.

-7-

Tidak pernah(kurang) memohon maaf kpd pensyarah apabila membuat kerja2 studio di bawah tahap yang memuaskan.

dengan ini cik dib nak minta maaf kepada semua yang terasa hati, terkecil hati, terpatah hati dengan cik dib

Harus diingat bahawa setiap pensyarah sentiasa ingin memberikan markah penilaian yang baik kepada para pelajarnya. Apabila pelajar tidak memberikan yang terbaik (dari sudut kualiti kerja)

Implikasi yang buruk mengenai dirinya telah diberikan kpd pensyarahnya (yang mungkin mendatangkan kesan negatif pada markah penilaian keseluruhan untuk pelajar tersebut).

-8-

‘Sayang butterpaper’ malas untuk membuat sketches yg baru dan membuat perubahan pada lakaran butterpaper.

toksah nak kedekut butter paper ye cik dib, murah aje nak beli kat kedai tu

Sikap ini sentiasa berlaku kepada pelajar secara tidak langsung. Tanpa kesilapan, tidak banyak yg dapat dipelajari. Tanpa lakaran-lakaran baru rekabentuk tidak dapat berkembang. Lakar dan padam (diulang-ulang) pada kertas yang sama, menyebabkan proses penyelesaian rekabentuk tidak dapat bergerak ke hadapan.

-9-

“Konsep bioclimatic Arkitek Ken Yeang, saya ambil separuh sahaja”

Ini menunjuk pelajar tidak membuat pembacaan sepenuhnya terhadap seseorang tokoh arkitek dan hanya berpuas hati dengan mengetahui satu, dua konsep (seorang pelajar Senibina sebaliknya perlu mengetahui serta membuat kajian yg lebih mendalam tentang seorang tokoh arkitek yang ingin dijadikan idola)

-10-

Tiada soalan untuk diajukan kepada pensyarah; selepas pensyarah selesai membuat penerangan/memberi input lecture.

Dua implikasi terhasil daripada kejadian ini, samada pelajar benar-benar faham atau tidak faham (serta tidak tahu apa yang hendak ditanyakan) dan pelajar lebih cenderung untuk bertanya secara peribadi (dalam sesi personal crit)

post kali ini adalah edisi kopi dan pasta kerana cik dib baru pulang dari academic trip selama seminggu di singapura dan utm. penat basuh baju pun belum habis lagi. haisyh. esok nangka nak tengok structure pulak.

sumber : facebook intan rahayu

Advertisements

Posted on October 9, 2011, in mahasiswa, senibina and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. wahhh..ini realityy ==”

  2. salam…saye bakal pelajar jurusan seni bina di UTM tuk kmasukn bln 9 ni. Sebnrnye sye bknlah thp mahir melukis,nk tkt average pn blum tntu lgi jd adkh ianya akn mnjdi masalah utme sye nnti setelah brgelar pljr seni bina?Lgpon last sye aktif mlukis adlh 2 taun lalu tu pn mlukis tuk sbjek LK time spm. Jd sye agk takut n krg brkeykinan lbih2 lgi time tmuduge sye tgk yg len2 sume bwk portfolio hbt2. Syenye bese2 je. Agknye sye dplih sbb rsult sye kt matrik n time temu duge sye bijak brkate2 kott. Haha..(lgpon sblm 2 da kne temuduge ukm ngn uitm so da ad pnglmn)Then, cbe bg tips skit tuk sye tuk brgelar pljr cemerlang kos ni lgpon sye pljr biasiswa UTM so mmg sah2 la kne maintain rsult 3.5 above je.

    • wasalam…tahniah diucapkan untuk m92 bakal (da bergelar rasanye) menganggotai keluarga senibina…maaf cik dib ambil masa lama terlampau untuk reply…buat pengetahuan m92, saya sendiri pon bukan terdiri daripada golongan yang terrer dalam lukis-melukis ni….bahkan waktu interview pon saya tak mempunyai sebarang portfolio yang penuh dengan sketches macam orang lain…tapi alhamdulillah saya berjaya lepasi…architecture is not about melukis semata-mata, tapi juga bagaimana kita meyakinkan klien( or lecturer ) supaya mereka jatuh cinta dengan design kita(m92 bijak berkata-kata,,,satu bonus buat anda)…kalau tak pandai melukis sekalipon,,,kita akan ditrain dipaksa untuk melukis sampaila jadi otomatik asal pegang je pen or pensel terasa nak melukis…

      tips?? saya pon bukanlah cemerlang sangat pon…yang penting anda enjoy apa yang anda buat sekarang ni…n bila dalam architecture ni komitmen kena 200%….anggapla lecturer kita tu macam klien kita di masa akan datang (nanti nak kuar nak keje jugak kan) yang kita nak dia suka n jatuh cinta dengan design kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: