saya nak bela arnab, boleh tak?

tengah sibuk-sibuk berdesign di studio, tiba-tiba boleh pula cik dib punya tangan ni gatal nak membelek fesbuk. maka dengan itu cik dib pun belek lah satu persatu status yang berderet tersusun dari atas ke bawah dengan cantiknya. terhenti cik dib di satu status pemilik fesbuk yang tidak asing lagi dalam hidup cik dib sama ada di alam maya mahupun di alam barzakh realiti ini.

nampak je status ni terus cik dib comment laju-laju

semangat betul cik dib berdiskusi maya dengan tantan. tidak dapat dinafikan lagi cik dib dah mula menggilai arnab, tambahan pula kalau arnab tu gebu semacam sahaja bulunya. tantan pula telah mengetagkan cik dib terus kepada gambar arnab tersebut di dalam fesbuk pemilik arnab tersebut iaitu kak chik. arnab tersebut pula gebu bulunya, baka lion head lagi tu. ini first time cik dib dengar nama baka tersebut. pelik pun ada, tapi takpelah, yang penting ia comel dan membuat cik dib rasa nak peluk selalu.

ni lah rupa arnab tersebut

tak lama kemudian cik dib pun pergi menemui tantan secara langsung di studio sebelah studio cik dib sekarang. tantan dengan penuh gembira dan eksaitednya menunjukkan lebih banyak gambar-gambar arnab berposing dengan pelbagai gaya. satu gaya yang cik dib tak boleh tahan melihatnya ialah gaya mereka berposing di dalam gelas kaca tinggi. sangat comel! tapi cik dib tak boleh nak tunjukkan pada semua di sini kerana gambar tersebut telah diprivatekan kepada kawan-kawan pemilik fesbuk sahaja, dan cik dib pula hanya menyaksikan gambar tersebut melalui akaun tantan.

lebih kurang camni lah gaya dia

macam ni jugak lebih kurang, tapi ini lebih comel dengan baka telinga jatuhnya

tolong, cik dib nak bela arnab! tapi tak nak la simpan kat rumah aje. cik dib nak tengok hari-hari, nak belai hari-hari. nak bawak kat ukm ni. tapi masalahnya cik dib ni hidup pun tak menentu. asyik berstudio aje, bila masa pulak cik dib nak jaga arnab ni. arnab ni kena rajin basuh sangkar dia, kena rajin cuci taik dia, kna rajin mandikan dia, kena ada tempat nak letakkan dia dan sangkar dia, kena itu, kena ini, bla bla bla…..

tapi cik dib selalu takde kat bilik, dalam bilik pulak sempit, bau dia lagi, dan tak tau lagi macam mana pulak penerimaan rumet. yang pasti memang tak boleh buat masa sekarang dan mengikut keadaan sekarang. kalau nak juga cik dib kena cari rumah sewa. ya, rumah sewa, dengan adanya rumah sewa, cik dib akan ada tempat nak letak arnab ni dan sangkar dia. akan ada orang nak tengok-tengokkan kalau cik dib da mula sibuk berdesign. yey. rasanya itulah penyelesaian terbaik. nanti sem depan cik dib cari rumah sewa ye. febi pon dah cakap nak tinggal di rumah sewa. nantilah cik dib berbincang dengan febi. tapibanyak lagi masalah lain cik dib kena cover, kenderaan nak pergi ke fac, tak settle lagi tu..haisyh! tak suka cik dib!

Advertisements

Posted on October 22, 2011, in si comel and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. mahal gak bela arnab ni ekk.baru je start ngn sekor dulu.hehe

  1. Pingback: luna si kembang semangkuk « SWACITRA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: