install software baru

cik dib baru sahaja download satu software baru dari internet. dengan harapan, bila terdownloadnya software baru ini, cik dib tak malas-malas lagi, tak bertangguh-tangguh lagi, tak berlengah-lengah lagi dan sebagainya yang sama maksud dengannya. bukankah bertangguh itu amalan tidak elok. tambah pula kalau bertangguh nak buat benda baik, benda yang Allah suka. apalagi benda yang syaitan benci, bertambah sukalah syaitan tengok orang bertangguh-tangguh saja kerjanya. gelak berguling-guling si syaitan tu berjaya menghasut manusia supaya tangguhkan saja solat, bertambah gemuk la syaitan tu. teringat ilustrasi komik asuh yang selalu mak beli masa kecil-kecil dulu. syaitan yang berjaya hasut manusia tu jadi gemuk, manakala syaitan yang susah nak menghasut manusia pula kurus kering melidi.

nak tahu apa dia yang cik dib download itu. inilah dia

taraaa...inilah dia azan software yang baru cik dib download

http://www.islamicfinder.org/athanDownload.php

mudah-mudahan lepas ni cik dib akan lebih rajin untuk solat di awal waktu(pesanan untuk diri sendiri dan juga pembaca sekalian), bukankah lebih baik kalau kita solat di awal waktu, takdelah nak solat pun tergesa-gesa takut dah nak habis waktu, takpun tengah solat tu tiba-tiba dengar azan masuk waktu solat lain dah. kan dah tak best macam tu. lagi afdal kalau boleh solat berjemaah kan, boleh dapat pahala berjemaah 27 kali ganda. banyak kan 27 tu. kalau guna perkataan pahala mungkin orang tak nampak sangat. tapi cuba gantikan pahala tu dengan RM. confirm ramai terbeliak biji mata. yalah, RM27 lawan RM1, mestilah semua nak RM27 tu kan? hoho anggap je la macam tu, nilainya mungkin kita tak nampak sekarang, tapi di akhirat kelak nilai itulah yang nak backup kita waktu tengah timbang dosa pahala nanti.

27 VS 1, mana satu pilihan hati

semoga hari ni lebih baik dari semalam, bukan sama saja macam semalam, atau lebih teruk berbanding semalam

Advertisements

Posted on October 26, 2011, in teknologi and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: