1433 tahun telah berlalu pergi

dengan ini rasmilah bahawa 2 buku amalan kita di kanan dan kiri telah ditutup dan diangkat ke atas. maka buku baru pula dibuka, bermula sebaik waktu maghrib tadi. seumpama diari harian kita, malaikat di kanan dan kiri setia menemani kita ke mana saja, mencatat apa saja aktiviti kita. tanpa terleka sedikit pun mencatat sepanjang hari, minggu, bulan, sehinggalah ke akhir tahun nanti.

catatan yang ditulis bahkan lebih terpeinci, orang yang rajin tulis diari pun tak terlawan, apatah lagi cik dib yang memang tak pernah wujud diari ini. memang tak terlawan lah dengan cik dib.

harapan cik dib bila terbukanya buku baru ini, cik dib akan lebih matang berdepan pancaroba dunia. dunia ni makin lama makin mencabar nampak gayanya. kehidupan pun makin kompleks. tak macam zaman budak-budak dulu, dalam kepala cuma fikir nak main 24 jam. sekarang, nak tak nak macam-macam benda nak kena terpaksa fikir. alahai dunia.

sempena menyambut maal hijrah 1433 ni cik dib nak buat checklist sikit, azam-azam sempena tahun baru. harapnya azam takdelah tinggal azam saja. setakat tercatat dalam blog saja. atau sekadar tertulis atas kertas saja. atau juga just tampal kat dinding buat hiasan. tak nak dah macam tu.

sembahyang awal waktu

khatam terjemahan al-quran

baca al-quran, mathurat tiap hari

zikir tak lekang di bibir

al-mulk tiap malam sebelum tidur

tidur awal bangun awal maksimum 4 jam saja

bangun awal tahajjud crunch

rajin pergi jogging sabtu ahad pagi-pagi

pergi kelas jalan kaki jangan gedik nak naik bas, kalau nak balik bilik baru boleh naik bas

rajin pergi usrah

berjimat cermat belanja duit pama

rajin kemas bilik

pakaian mesti kemas beriron

fokus dalam kelas

ulangkaji sebaik lepas habis kelas

beramah mesra dengan lecturer

jadi kawan yang paling baik

jadi kawan yang paling pemurah belanja kawan

rajin puasa isnin khamis walaupun hakikatnya itu hari design sedunia

berfikiran positif sepanjang waktu

itu saja buat masa ni. buat banyak-banyak pun tak guna. pentingkan yang paling penting dahulu. semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

selamat menyambut maal hijrah 1433

Advertisements

Posted on November 26, 2011, in diari diri. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: