bila fakulti menjadi meriah itu tandanya….

semenjak dua tiga hari ni baru cik dib perasan fakulti meriah semacam dua aje. kalau sebelum ni fakulti memanglah agak meriah juga, tapi kali ni lebih meriah. sebelum ni fakulti hanya sudi dimeriahkan oleh budak archi saja, tapi semenjak dua menjak ni, budak engineering juga semacam memberi sokongan padu kepada kami budak archi supaya rajin-rajinla lagi memeriahkan fakulti.

lama juga berfikir kenapa jadi begitu. tapi bagus juga kan. takdela sunyi sangat di studio. kalau nak pergi ke toilet 2 atau 3 pagi takdela takut sangat. kalau mahu tidur di surau juga takdela sorang-sorang lagi kerana budak engineering juga sudi meneman dan menumpang tidur di surau itu. akhirnya cik dib mendapat jawapan.

rupa-rupanya study week dah dekat, sekali gus exam week juga sudah dekat. assignment submission pun dan dekat. alahai banyaknya assignment nak kena submit. padahal design tak habis-habis lagi. big project pon belum settle. apatah lagi landscape project.

senarai assignment yang nak kena submit

1. autocad

2. working drawing

3. struktur

4. ukur tanah

5. teori & rekabentuk seni bina melayu

semua ini memerlukan perhatian selama 25 jam sehari dan 8 hari seminggu oleh cik dib

tapi masa yang diberi cuma 24 jam sehari dan 7 hari seminggu sahaja.

oleh itu buang perangai suka buang masa, tingkatkan produktiviti, dan kurangkan tidur….

kurangkan perangai suka mengonline juga…

Advertisements

Posted on December 14, 2011, in mahasiswa, senibina. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: