kamu berdua sangat sweet pada Allah dan mereka yang lain

sejak dari semalam lagi facebook dipenuhi dengan post rakan facebook tentang video yang diupload oleh dena bahrin. sape dena bahrin tu, tiba-tiba saja jadi fofular sebab youtube video yang dia upload di youtube, lantas dikongsi oleh sangat ramai orang di facebook sampaikan jumlah view masa aku tengah menonton sekarang ni pon telah mencecah 72 ribu view.

bayangkan betapa cepatnya video ini tersebar sampai blog-blog imam muda, ustaz azhar, oh islam bla bla bla dan sebagainya memberi reaksi terhadap video ini melihatkan betapa couple itu dah begitu sebati menjadi budaya dan berdarah daging terhadap golongan remaja kita masa kini hasil perang pemikiran yang dilaksanakan omputih

nak tahu apa itu perang pemikiran (atau dipanggil GHAZWUL FIKR in bahasa arab). cik dib tak tahu sangat detailnya, tapi sikit-sikit tu bolehla. seingat cik dib masa matrik dulu cik dib selalu dapat risalah dari pusat islam di matrik. ada satu artikel yang pernah cik dib terbaca, perang pemikiran adalah usaha musuh-musuh islam  untuk menghancurkan islam dan tamadunnya. mereka pernah mencuba menghancurkan islam dengan cara perang secara direct iaitu guna senjata pedang bagai itu.

namun usaha mereka tak pernah berjaya melalui method tu, malah umat islam jadi lebih kuat dari sebelumnya. lantas mereka beralah dan mencari jalan lain. lalu mereka ni terfikir satu cara untuk menghancurkan islam ni, iaitu dengan cara menjauhkan umat islam sedikit demi sedikit dengan al quran. apa yang mereka lakukan adalah dengan cara melalaikan umat islam dengan 5S 3F (song sex sport  fun female er yang len da tak ingat sebenarnya).

apa-apa pun perang ni lebih dasyat dari berperang menggunakan pedang senjata itu bagai sebab kali ni kita berperang menggunakan IMAN kita. apa ingat senang ke nak jaga iman kita. sekali turun tu nak naik balik bukan main perit, susah. kalau turun naik turun naik takpe, kalau turun tak naik-naik macam mana, nauzubillah la jawabnya, jangan sampai jadi macam tu.

berbalik kepada story about dena bahrin tadi. dia sangat beruntung bila nak kawen tak perlu bercouple pon nak kawen. siapa kata nak kawen tu mesti nak kena couple dulu.  inilah fenomena zaman sekarang kan kalau nak kawen mesti nak kena bercople bagai nak rak lepas kawen tak sampai 2 3 tahun cerai berai pula macam artis pulak. mesti ke begitu. bagi cik dib tak. tak perlu kot. buktinya mak dan ayah cik dib takde pon bercinta bagai. akhirnya kawen juga. and then kekal sampai sekarang.

eh mende lagi cik dib membebel tak ketahuan punca. benda ni sangat complicated. nak terang pun susah. google je, nanti belambak-lambak keluar. jadi conclusionnya, tengok jelah video miss dena ni ye, senang. say yes for love after the nikah. only the brave one would take the risk for that. that one is the one who are ready enough to accept whoever his/her partner

lalala ape lagi yang cik dib merepek tak sudah sudah ni. okey saksikan!

Advertisements

Posted on December 19, 2011, in baitul muslim, rasa hati. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. terima kasih cik dib 🙂 may Allah bless you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: