menjadi yang lebih baik dari semalam, itulah yang terbaik

cik dib ni memang selalu ketinggalan agaknya dalam dunia hiburan tanah air. ya, mungkin sebab cik dib ni memang kurang berminat nak tau hal ehwal gosip semasa artis-artis masa kini. mungkin jugak  sebab dah lama sangat tak jumpa dengan newspaper. setiap kali balik kampung cuti semestar mesti punya mak akan marah-marah sebab langsung tak ambil tau hal ehwal berita semasa. apa yang jadi kat dunia pun taktau. heh teruk kan kau cik dib.

hahaha sebab tu jugak la cik dib baru terserempak dengan video kat bawah ni. video pasal si cantik manis diana amir ni dah bertudung. alhamdulillah. bersyukur tak terkira cik dib. kalau artis nak buat perubahan memang memerlukan azam yang sangat tinggi untuk melawan arus dalam dunia artis yang menggila itu. perlukan kekuatan untuk terus beristiqamah dalam bertudung. dan perlukan juga keluarga dan kawan  yang sentiasa support dari belakang. sukar sebenarnya berhijrah ni. tapi lebih sukar untuk istiqamah dalam hijrah yang dilakukan.

tetapi sekurang-kurangnya cik dib rasa kak diana amir dan siapa-siapa saja yang seangkatan dengannya ni lebih baik, better, compare to other yang suka sangat judging orang yang pakai tudung ni. kononnya pakai tudung pun tak guna kalau pakai baju or seluar masih ketat. k, fine, its true, memang cara mereka dan seangkatan dengannya itu belum sempurna menutup auratnya. masih kelihatan membungkus orang kata. tapi sekurang-kurangnya, mereka ada kemahuan untuk menutup aurat, mereka mahu melaksanakan perintah Allah, mereka takut azab api neraka sebab menayangkan rambut pada orang.

insyaallah, dengan kesedaran yang mereka ada, mereka akan menutup aurat dengan sempurna juga suatu hari nanti. yang penting beri mereka masa untuk memperbaiki diri.

“tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau, dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan, chaiyok kak diana!!!”

terharu cik dib part yang kak diana kata dia taknak dosanya menayang aurat tu ditanggung oleh ayah dia. dia tak nak ayah dia pun terheret masuk neraka sebab dia.

Advertisements

Posted on December 21, 2011, in gaya hidup mantap. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: