hari pertama 2012 yang gembira

01012012

hari pertama di tahun 2012

disebabkan kami tak boleh celebrate pada 12 tengah malam, siang esoknya pon boleh jadi.

tambahan pulak hari cuti umum, exam lambat lagi, design pon lagi-lagilah lambat, jadi kami ambil peluang bergumbira dulu. nak “merdeka” design  lambat lagi kan, sebulan lagi, sebulan lagi, jadi mana mungkin mampu bertahan dalam tempoh itu, 30 hari, so lebih baik bergumbira dulu kan.

aku, dia, dan si dia.

kami dengan penuh santai gediknya bagai makhluk pelancong asing yang datang melawat mines. agenda pertama dalam tempurung kelapa kepala haruslah melantak dulu kan. kang takde tenaga nak pusing-pusing satu mines. detik-detik bahagia sewaktu melantak sempat diabadikan before bateri kamera cik dib kecundang muflis tidak bertenaga selepas tamat melantak. jadi, detik-detik berharga after the melantak time hanya mampu terakam dalam tempurung kelapa kepala sajalah.

menunggu pakcik 6z

perangai biasa time tunggu pakcik 6z

perangai poyo penambah perisa tunggu pakcik 6z

ok da sampai di tempat kejadian melantak

febi da tak tahan terus melantak

kami yang diet, hanya mampu tersenyum

jamu mata dulu sebelum melantak

muka bahagia lepas melantak

lepas melantak dengan jayanya, misi penting dilaksanakan oleh kami, iaitu nengok wayang, cerita mission impossible hape kejadah tah, tapi naseb bek best, tak rugi nengoknye. habis berwayang pusing-pusing satu mines, beli benda yang mengarut, benda yang ada dalam list tak terbeli, benda merepek yang tak de dalam list pulak berjaya dibeli. apakah? suatu pembaziran kah?

ouh, tak dapat dinafikan lagi syaitan sudah tergelak berguling-guling di dalam mines tadi ya. mana taknya berjaya menghasut kami membeli benda yang tak berfaedah, benda yang bukan keperluan pon, cuma kemahuan, kalau tak beli pon masih boleh hidup, tapi nak jugak beli sapa suruh. dah hujung bulan nanti mulalah merayu meronta-ronta pada encik ayah kan kata duit tak cukuplah, makan megi tiap-tiap malam lah, taktik belaka semua tu, kan. aduhai.

Advertisements

Posted on January 1, 2012, in diari diri. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: