kerana lelaki dan perempuan diciptakan untuk satu sama lain

Malam pasangannya siang,

jaga pasangannya tidur,

rajin pasangannya malas,

dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita

itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,

Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal

dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah

Allah dan RasulNya dan menjauhi

laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika

tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar

apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang

perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 

Apabila seorang lelaki terlihat seorang

perempuan, Maka perkara pertama yang akan

dilihatnya ialah

rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh

seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup 

rambutnya. 

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka

mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat

bentuk lehernya,

Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi

melihat bentuk dadanya,

Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk

dada dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan

turun lagi melihat

bentuk ramping pinggangnya,

Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak

bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan

bentuk belakangnya,

Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya

agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan

lelaki itu akan pula melihat

bentuk pehanya,

Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain

yang ketat sehingga terlihat bentuk 

pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan

bentuk kakinya pula,

Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana

terus-terang pihak lelaki bercakap, walau

muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, 

jika beliau memakai seluar,walau nampak besar 

sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara 

sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak

akan bentuk kakinya,

Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu

kepada kakinya,

Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki

itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan 

melabuhkan kain, atau meMakai stokinyg warnanya

jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,

akan melihat pula

bentuk tangan wanita itu,

Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan

tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,

janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika

kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang

cantik akan menimbulkan fitnah,

Maka berpurdahlah kamu,

jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis

penyakit,iaitu mata

lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika

ia terlihat

warna yang menyerlah atau terang

jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan

meMakai pakaian yang warnanya terang-terangan

sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu

apakah dia mata lelaki itu, dan perlu

diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah

pula kita menjaga kehormatan diri masing2,

jangan keluar seorang2,keluarlah dengan 

mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar 

tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula

janganlah menjalar langsung kepada muslimah,

walau muslimah itu telah menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,

sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung 

umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum

lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak

mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia

dilarangi oleh Allah SWT.

Advertisements

Posted on January 5, 2012, in gaya hidup mantap. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: