katakan tidak kepada laptop lembab

cik dib dengan teknologi memang tak dapat dipisahkan lagi tau. haaa baru kau tau ye cik lijah. nampak je muka macam serabai tapi bab-bab teknologi memang amek tau. tambah-tambah kalau pasal laptop kesayangan. yes, of course. laptop tu kena dijaga, disayang, dibelai, dimanja sebaik mungkin supaya boleh bertahan lama. nak nak lagi cik dib dalam architecture ni memang dah tentu tentunya lah kalau mengadap design memang kena fully pakai aplikasi komputer bagai. mana nak guna sketchup, mana nak pakai autoCAD, mana nak campak photoshop tu bagai. tak boleh nak buang semua tu alamat tak grad la jawabnya tak lepas design.

kalau nak guna apa kejadah semua aplikasi yang cik dib sebut di atas memang lah memerlukan laptop yang berprestasi tinggi lagi tinggi RAMnya dan baik juga kualiti grafiknya. tapi kalau berprestasi tinggi bagai tak reti nak jaga tak guna jugak kan. silap-silap boleh bertambah cepat pulak ajal si lappy kesayangan kan. cik dib percaya semua trauma dengan perkataan itu. trauma. tambah-tambah trauma kalau benda alah tu terjadi pada detik-detik dah nak submit and presentation design. kan kan kan.

okeylah dengan ini cik dib nak turunkan segala petua yang cik dib dapat hasil dari research kat pakcik google

~~~~~

PETUA 1

BUAT MAINTAINANCE LAPTOP ANDA

laptop lama cik dib tu teramatlah slow. hmm, padanlah tak pernah buat maintenance pun. kesian dia kan. nasib baik dah bertukar tangan ke  mak cik dib. so laptop baru yang mak kasi ni kalau boleh nak jaga betul-betul. bagi boleh tahan, at least sampai grad nanti, insyaAllah. Tips dari google, selalu-selalu lah buat maintenance laptop, kalau mahu laptop tu tip top selalu. banyak teknik maintenance laptop ini, tapi kali ini cik dib sentuh salah satunya saja. yang penting anda buat.

Defragment (Defrag) Hard disk

1. Klik Start >> Program >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter

2. Klik C: drive

3. Tekan butang “Defragment

NOTA – Butang “Analyze” akan beritahu samada drive anda perlu di”defragment” atau tidak. Boleh juga digunakan terlebih dahulu sebelum butang “Defragment

AWAS, pastikan “% Free Space” anda lebih dari 15% sebelum mula defrag. Jika tidak, anda tak boleh buat pun langkah2 di atas. Nanti buang masa anda saja hehe .Oleh itu, buang lah benda2 tak perlu dalam PC terlebih dahulu ya

Tips – Untuk hasil yang optimum, lakukan sekurang2nya sebulan sekali (macam iklan syampu pulak  ). Kalau anda malas (macam saya  ) cubalah untuk dapat 2 bulan sekali. Kalau rajin pula, buat la seminggu sekali hehe

~~~~~

PETUA 2

‘BERSIHKAN’ LAPTOP ANDA

bersihkan komputer daripada perisian yang kita tidak gunakan. cik dib percaya anda pasti mengalami masalah komputer yang sering mengalami masalah loading yang terlalu lama.

sebagai contoh, komputer berjenama seperti Dell, HP, dan Toshiba biasanya datang dengan pelbagai perisian tambahan yang sedia dipasang, termasuklah Windows 7 (dengan lesen yang sah), Microsoft Office, dan sebagainya. sungguhpun sebilangan perisian ini sangat penting buat anda, terdapat juga sebilangan besar yang lain yang tidak anda perlukan.

cik dib baru sahaja mendapat laptop asus yang baru, dan apabila saya periksa senarai perisian pada contol panel, terdapat banyak daripadanya yang tidak akan saya gunakan termasuklah roxio, skype toolbar, dan banyak lagi. Malah, perisian anti-virus McAfee juga sangat menjengkelkan dengan notifikasi kemaskininya yang meminta cik dib untuk restart komputer setiap dua hari.

bersihkan komputer anda daripada barang-barang yang tidak akan anda gunakan

meskipun perisian-perisian ini tidaklah terlalu membebankan komputer anda, anda boleh membuangnya sekiranya anda pasti ianya tidak penting. Buka ‘Contol Panel’ > ‘Uninstall a program’ untuk melihat senarai perisian yang boleh anda buang.

anda juga boleh mengelakkan sesetengah service atau aplikasi dari berjalan secara automatik apabila Windows dimulakan. ini boleh dilakukan pada perisian yang anda gunakan sekali-sekala, namun tidak terlalu penting sehingga perlu dijalan secara automatik.

buka System Configuration dengan menekan kekunci Win+R dan taipkan ‘msconfig’. lihat pada bahagian Services (pastikan anda menandakan ‘Hide all Microsoft services’ terlebih dahulu) dan juga Startup. kosongkan kotak pada aplikasi yang tidak penting.

bagaimana hendak tahu samada perisian ini boleh dibuang?

sekiranya anda tidak pasti samada perisian tersebut boleh dibuang atau tidak, buat carian terlebih dahulu di Google mengenainya. jangan risau sekiranya anda ada membuat kesilapan, anda boleh muat turun kembali perisian tersebut dan pasang semula pada komputer anda.

gunakan 1 jam sahaja untuk menjaga komputer anda, dan selebihnya untuk menggunakannya!

namun ingat, jangan terlalu obses dengan proses optimization dan tweaking ini sehingga anda melakukannya setiap hari. komputer dicipta untuk memudahkan kerja anda, bukannya untuk memeningkan anda. luangkan masa anda dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti menulis blog, coding program, ataupun bermain game!

P/S : Bersihkan komputer anda dalam masa 30-60 minit tanpa perlu sebarang perisian tambahan. Bebaskan laptop anda daripada perisian yang anda pasti tidak akan anda gunakan.

Advertisements

Posted on January 6, 2012, in teknologi. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: