tiba-tiba teringin nak belajar di oversea

buang tebiat ke cik dib tiba-tiba nak belajar oversea tatau

tak tau la dari mana munculnya idea di atas tersebut untuk pergi mengcontinue study kat oversea padahal sebelum ni kalau orang tanya dah grad nanti nak buat apa pon tatau nak jawab macammana nak kerja ke, nak jadi akitek ke, nak sambung master ke, nak sambung part 2 ke, tak pon nak kawen saja tu pon kalau ada yang nak masuk meminang la macam laku sangat      

sebelom ni ada je niat nak berstudy oversea ni, tapi almaklumla result spm terlampau cemerlang jadi merendah diri pulak. belajar je la kat dalam negara lagipon cik dib bukan anak orang kaya harta banyak sampai 7 keturunan. tapi bila tengok anak jiran dapat tawaran belajar kat german itu jealous terasa di hati tau. dah la cik dib pon dulu berangan nak sambung belajar kat german tu, bukan apa sebab dengar cerita german tu tempat paling best kalau nak sambung engineering sebab teknologi depa memang maju ke depan giteww.  ada pulak kawan sekolah yang dapat tawaran kat jepoonn lagila jeaous. tapi jepoonn tak berapa nak jeaouusss sangat sebab kos sara hidop kat sana tinggi sangat + cik dib bukan juga keturunan anak raja, kecuali la rajakapoor.

itu cerita zaman sekolah dulu, bila da masuk matrik impian terkubur macam tu saja lupa habih sebab kalut nak belajar dah la study kat matrik tu susah tambah2 la orang yang kureng cemerlang macam cik dib. sebenarnya ampai sekarang dok pelik macam mana boleh dapat masuk matrik tatau padahal result spm pon tak bagus mana pon siap kena marah2 bebel2 ngan ayah  sebab result teruk itu. tapi alhamdulillah masih dapat tempat kat matrik walaupon 2 tahun punya program. cik dib sedar siapalah diri ini hanyalah melukut di tepi gantang. tatau apa maksudnya pi balik cari kamus dewan tak pon google ja kan sonang~

lpas dah habih matrik, berjaya la kiranya cik dib masuk ukm amek course sains senibina, course yang paling tought di alam semesta ini you know. waktu 1st year berkobar2 semangat nak jadi arkitek tapi makin lama makin tak tau punca betul ka nak jadi akitek ni dah la hidup pon tak serupa macam manusia biasa yang normal, terperuk dalam gua  studio 24 jam sampai dah tak kenal siang & malam sampai layak dipanggil zombie. eh cerita apa yang aku merepek sampai da lari topik ni…..

okey berbalik pada tajuk di atas sekali, malam yang indah ini yang sepatutnya diisi dengan design design design dan topical study topical study topical study telah dicemari dengan jayanya oleh persoalan yang bermain di benak kepala lutut iaitu teringin nak belajar di oversea secara tiba-tiba. secara tiba-tiba jugak ketika itu tangan dah menari -nari kat keyboard laptop menggoogle anything about that thing. ecehh, tiba-tiba speaking plak!

banyak juga yang cik dib jumpa pasal study oversea ni antaranya

cara-cara nak sambung belajar di luar negara

6 fantasi dan realiti pelajar luar negara

belajar luar negara atau dalam negara? mana lebih baik

belajar di luar negara.. terujakah kamu?

setakat ni sajalah yang cik dib boleh share-share kan. yang len boleh la google sendiri. bukan susah sangat pon kan taip ja belajar di luar negara dan yang seerti dengannya. nanti keluar la berbillion website dari serata pelusuk alam.

banyak benda jugak nak kena memikir kalau nak belajar oversea ni ye. yang the most important thing haruslah kena speaking speaking  english yang fluent mengalir macam air jernih di sungai. err itu kalau kat australia ke, US ke, kalau german guane? mesir ke? syria ke? tringin gak nak belajo bahse laen meskipon bahse melayu dan bahse inggeris tunggang langgang macam ribut pasir. itu benda pertama, kot mana nak sambung belajar tu? haisyh…

benda kedua haruslah fulus kan, memang telan air liur la nak menggedik menggunakan khidmat PaMa lagi boleh sakit jantung PaMa nak tanggung semua benda. time degree ni pon dah semput kewangan PaMa ada pulak master pon nak PaMa jugak laen la kalau PaMa memang kaya harta 7 keturunan pakai pon tak habis-habis. kena la cari alternatif lain iaitu En. Biasiswa tak kira la MARA ke, JPA ke, Petronas ke, Yayasan ke, yang penting sumber kewangan itu harus ada kalau tak terkubur impian begitu saje.

benda yang terpaling penting sekali adalah pointer atau CGPA cik dib sendiri. huh pointer skang ni macam cukup-cukup makan je nampak gaya tapi takpe ada masa setahun lagi tu pun kalau design dapat straight A 3 sem berturut-turut dapat la jugak mengcover pointer yang ciput itu. so dari sekarang da kena pulun(bahasa kedah means berusaha habis-habisan) design bagi dapat A jugak kalau tak dapat pon kena jugak bagi dapat A. so kiranya perjuangan dah kena bermula dari sekarang doakan cik dib tercapai juga impian seperti tajuk di atas itu.

Advertisements

Posted on March 31, 2012, in mahasiswa. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. nicee laaaaaaaaaa tulisan yg bagus

  2. salam…. best of luck sis… nice topic!!

  3. usaha kak, pst boleh pergi oversea! sy pun nak pergi oversea jugak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: