pemilik darah o

setelah 23 tahun 6 bulan bernafas di muka bumi ini, barulah cik dib tahu darah spesies apa yang mengalir di segenap penjuru inci badan diri ini. setelah 23 tahun bayangkan, selama ni dok tertanya-tanya jenis darah apa yang aku miliki selama ni, akhirnya barula hari ini dapat mengetahui keputusan tersebut. hari ni.

selama ni kalau terbaca kat mana-mana artikel or webpage yang bertajuk WATAK ANDA BERDASARKAN JENIS DARAH or PEMAKANAN MENGIKUT JENIS DARAH, cik dib hanya mampu berteka-teki mengagak jenis darah sendiri, sekejap A lah, sekejap B, sekejap lagi A balik, sudahnya teki-teki menghantui diri sendiri sampai bertahun-tahun lamanya.

teki-teki ni akhirnya berakhir setelah berjaya mengunjungi booth geng budak-budak medic yang bertapak kat dewan gemilang UKM masa pesta konvo baru-baru ni (padahal da seminggu lepak cik senah ye).berjaya la cik dib mencucuk jari sendiri untuk mengeluarkan darah setitik dua untuk di testing oleh tester darah di sana. hasil ujian menunjukkan cik dib positif bergelar pemilik darah jenis O, haha kalau nak korek-korek balik peti ingatan kat otak darah O ni penderma universal. so sape-sape yang berdarah A, AB ,B boleh menerima darah cik dib dengan senang hatinya. kira macam pemurah darah la lagaknya gitu. tapi cik dib tak boleh terima darah jenis lain melainkan jenis O sahje. tapi tak perlu risau mereka kata sebab darah O merupakan majoriti penderma darah kat pusat darah negara tu. tapi cik dib taktau la pulak cik dib ni jenisnya darah O+(positif) atau O-(negatif). nak tau yang tu kena pergi hospital la jawabnya.

nak tau yang tu lain kali la pulak ye. sekarang cik dib dengan bangganya nak bagitau watak jenis yang macam mana cik dib ni berdasarkan jenis darah O tersebut

Kumpulan darah O ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors)

.

.

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’

O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi

.

Peribadi Asas

Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga

.

Kadar Toleransi

Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia

.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau

Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan

Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus

.

Bagaimana mereka bekerja

Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

.

.

waaa,, nampak tu, cik dib ni sorang warrior rupenye. tetiba rasa macam bersemangat waja plak. walau macam mana pon benda ni bukanlah 100% betol pon kan. tidak buleh percaya sangat tapi kalau nak memotivasi diri di kala tengah diri down tu boleh la kot. supaya boleh rajin n bersemangat waja selalu especially bila nak berdesign. berdesign ni perlukan motivasi stamina kreativiti n kecekalan yang tinggi. hati juga kena kering agar tak mempengaruh hati dan perasaan pabila design dikritik dengan lantangnya. ya hati kena tabah. itulah dia resepi kejayaan budak senibina. hah? sekian

Advertisements

Posted on October 31, 2012, in diari diri. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: